Rezeki yang tidak disangka-sangka

Pernah tak rasa macam rezeki datang tanpa disangka-sangka? Hari tu, saya dapat WhatsApp dari satu agensi yang memberitahu ada sejumlah wang yang tak dituntut atas nama saya. Mereka kata boleh tolong uruskan dengan sedikit bayaran, tapi saya rasa macam lebih baik kalau saya cuba carik info sendiri.

Saya pun terus google cara-cara nak tuntut wang yang dikatakan tu, dan terjumpa satu laman web rasmi iaitu https://egumis.anm.gov.my/. Rupa-rupanya, kerajaan ada menyediakan sistem untuk menuntut wang yang tak dituntut ni secara online!

Lepas daftar di laman web tu, saya terus buat semakan, dan tak sangka ada 7 jenis wang (bank, Insurans dll) yang tak dituntut atas nama saya! Rasa macam rezeki datang tiba-tiba. Langkah-langkah untuk tuntut pun mudah sangat, cuma ikut arahan yang diberikan dalam sistem.

Yang bestnya, dalam masa lebih kurang 3 minggu je, wang tu dah dikreditkan masuk ke dalam akaun bank saya. Memang rasa syukur sangat-sangat, Alhamdulillah.

Terima kasih kepada orang yang WhatsApp saya tu. Sebab mesej dia, saya tergerak nak cari tahu sendiri dan akhirnya dapat tuntut wang yang sepatutnya!

Moral of the story, selalulah check mana tahu ada rezeki tersembunyi. Rezeki ni ada di mana-mana, cuma kadang-kadang kita kena usaha sedikit untuk mencarinya.

Kawan-kawan cuba la check.. kot-kot ada rezeki.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *